SENARAI CALON AHLI JAWATANKUASA MAJLIS AGAMA ISLAM 3 WILAYAH SELATAN THAILAND

  

Pergolakan secara senyak-senyak, tetapi ianya memberi kesan yang mendalam dalam kawasan 3 wilayah Selatan Thailand pada masa ini iaitu persiapan untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam wilayah meliputi Wilayah Pattani, Yala dan Wilayah Narathiwat yang akan diadakan pada 27 November 2017.

Pemilihan tersebut akan diadakan secara serentak di seluruh negara yang melibatkan 36 wilayah kawasan lain menjadikan 39 wilayah yang akan terlibat. Proses pemilihan akan dilaksanakan mengikut Peraturan dan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1997 dan diwartakan oleh kementerian pada tahun 1999.

Undang-undang Pentadbiran Agama Islam, Perakara 4 yang berkaitan dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah, Seksyen 23, mana-mana wilayah yang mempunyai menganut Agama Islam dan mempunyai masjid (dibawah peraturan undang-undang yang sama Seksyen 13) tidak kurang dari 3 buah masjid supaya Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pusat mengistiharkan wilayah tersebut untuk mengadakan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah yang terdiri tidak kurang dari 9 orang dan tidak lebih dari 30 orang Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah, Kementerian Dalam Negeri akan melaksanakan dengan memeri Imam dalam wilayah tersebut sebagai pemilih dan Kementerian Dalam Negeri mesti mengistiharkan nama-nama yang dipilih dalam warta kerajaan, yang mana Ahli Jawatankuasa yang dipilih akan memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam bagi wilayah mereka.

Peraturan dan cara pemilihan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah tertakluk kepada peraturan Kementerian 1999 iaitu apabila Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pusat mengistiharkan mana-mana wilayah mempunyai Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah atau jawatan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah yang kosong, Kementerian Dalam Negeri akan memaklumkan kepada Gobenor Wilayah supaya mengadakan mesyuarat Imam Masjid dalam wilayah tersebut untuk mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah.

Mesyuarat mesti disertai oleh setengah dari jumlah Imam Masjid dalam wilayah itu sahaja yang akan dapat disahkan mesyuarat tersebut. Gobenor Wilayah atau Wakil Gobernor Wilayah mesti mempengerusikan mesyuarat tersebut. Hanya seorang Imam Masjid yang hadir mesyuarat mempunyai hak untuk mencadangkan nama Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah tidak melebihi jumlah jawatan yang akan dipilih atau jawatan yang kosong mengikut keadaan yang ditetapkan.

Nama-nama yang dicadangkan didapati sama dengan jumlah Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah yang akan dipilih pada masa itu dianggap nama-nama yang dicadangkan tersebut telah dipilih untuk memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah. Jika berlaku nama yang dicadangkan melebihi jumlah Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah yang akan dipilih dalam mesyuarat tersebut, Imam Masjid yang hadir hendaklah membuang undi untuk pemilihan selanjutnya.

Mereka yang mendapat undian yang tertinggi mengikut tertakluk kepada bilangan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah yang kosong atau yang dipertandingkan adalah dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah tersebut. Jika berlaku jumlah undi yang sama sehingga tidak dapat membuat susunan dari undi terteinggi mengikut urutan bilangan sebagai pemenang dalam pemilihan, Pengerusi Mesyuarat hendaklah mengarahkan mesyuarat buat cabutan undi sehingga jumlah Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah dapat dipenuhi sebagaimana yang dikehendaki.

Gobenor Wilayah lapor senarai nama Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah yang terpilih kepada Kementerian Dalam Negeri dan seterunya diistiharkan dalam warta kerajaan sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Bagi kelayakan untuk menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah mesti mempunyai kelayakan dan tidak ada kelakuan yang bercanggah dengan undang-undang aiatu berumur 30 tahun dan keatas, beragama Islam dan warga negara Thai sejak kelahiran, mempunyai pengetahuan dan faham Agama Islam dengan baik, melaksanakan hukum Agama Islam dengan begitu kuat, mepunyai hubungan yang baik dengan semua agama, mendokong pemerintahan system demokrasi yang beraja, tidak jadi atau pernah jadi orang yang bankrupt, tidak pernah dipenjarakan dengan perbicaraan yang menjatuhkan hokum penjara, kecuali hukuman diatas kesalahan yang dilakukan secara cuai atau kesalahan yang tidak disengajakan, tidak menjadi seorang yang lumpuh atau tidak upaya yang tidak mempu menjalankan tugas, tidak ada keboleh atau jiwa yang tidak stabil atau mengidap penyakit yang telah ditetapkan dalam Kemenerian, tetapi tidak sekatan bagi mereka yang mempunyai jawatan dalam politik.

Selain dari itu mesti mejadi Jemaah tetap masjid dalam wilayah tersebut tidak kurang dari 1 tahun sebelum hari pemilihan. Yang penting mesti bermastautin dalam wilayah tersebut tidak kurang dari 1 tahu sebelum hari pemilihan.

Tempoh jawatan dan bidang kuasa Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah telah diperincikan mengikut undang-undang iaitu Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah mempunyai tepoh jawatan selama 6 tahun.

Diantara tugas dan kuasanya adalah memberi nasihat dan cadangan pendapat yang berkaitan dengan Agama Islam kepada Gobenor Wilayah, membuat kawal selia terhadap pelaksanaan tugas Ahli Jawatankuasa Masjid dalam wilayah, memberi nasihat dan membuat keputusan terhadap aduan oleh Jemaah masjid yang mendapati tidak mendapat keadilan dari Ahli Jawatankuasa Masjid, mengeluar surat pengesahan sijil nikah dan cerai mengikut Undang-undan Islam, memberi nasihat berkaitan dengan perbalahan keluarga dan harta pusaka mengikut Undang-undang Islam apabila mendapat aduan dan sebagainya.

Dari kuasa dan bidang tugas didapati adalah sangat penting terhadap corak hidup masyarakat Islam. Bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah.khasnya dalam wilayah Selatan Thailand iaitu Wilayah Pattani, Yala dan Wilayah Narathiwat sehingga kini terdapat 6 kumpulan yang telah dicadangkan dan didapati Wilayah Narathiwat agak begitu hebat mempunyai 3 pasukan yang akan dipertandingkan, yang kedua Wilayah Pattani mempunyai 2 pasukan dan hanya Wiyalah Yala sahaja mempunyai 1 kumpulan, oleh kerana 1 orang Pengerusi sahaja iaitu Abdul Rahmae Che Sae, yang mana beliau adalah menyadang jawatan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Yala.

Wilayah Pattani mempunyai 2 kumpulan iaitu Kumpulan Wae Deramae Mat Ming Chik, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Pattani yang telah tamat tempoh dengan Kumpulan Ahamad Wae Musa, Pengurus Sekolah Sasanupatham, Pondok Bana, yang mana beliau mendapat sokongan dari Din Tok Mina, bekas Menteri dan Wakil Rakyat beberapa penggal.

Wilayah Narathiwat mempunyai 3 kumpulan yang paling ramai iaitu Kumpulan Babo In @ Safei Che Lah, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat yang sekarang. Kumpulan kedua iaitu Kumpulan Abdul Rahman Abdul Samad @ Babo Mae, bekas Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat.

Kumpulan ketiga iaitu Kumpulan muka baru yang mendapat sokongan, oleh kerana mendapat sokongan dari Kompeni M1adalah satu kompeni yang terlibat dengan modal perniagaan yang mendapat sambutan yang begitu kuat dalam kawasan wilayah Selatan Thailand, terutama dalam Wilayah Narathiwat dan Wilayah Yala, yang mana pasukan muka baru ini mengistiharkan bahawa mereka mempunyai Imam dalam rangakaianya dalam Wilayah Narathiwat seramai 200 orang.